April 25, 2024

Search
Close this search box.

SMPKV Indahpura juara Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan Universiti Awam

KSU sampaikan hadiah

KUALA LUMPUR, 11 Oktober 2016 – Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional  (SMPKV) Indahpura, Kulai muncul sebagai juara Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan Universiti Awam (SKK-UA), kategori Inovasi dan Pengkomersialan Produk.

SMPKV Indahpura dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Institut Pembangunan Bioproduk (IBD UTM) menghasilkan produk berasaskan herba iaitu minyak dan krim berasaskan herba dan kelapa dara (Virgin Oil).

Produk yang dikenali sebagai Maria Cream Massage dan Maria Oil Massage digunapakai sebagai bahan utama dalam rawatan dan perkhidmatan refleksologi dan perkhidmatan estetik  yang diadun dengan herba-herba tersendiri.

SMPKV Indahpura Kulai juga telah membuka Reflexology Edutourism Centre yang menyediakan pelbagai kemudahan rawatan  kecantikan dan kesihatan dalam sebuah spa. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah  refleksologi kaki, manicure, pudicure,  menggunting rambut, sauna, urutan badan dan perhidmatan untuk komuniti.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur di majlis perasmian Anugerah Kecemerlangan Jalinan Sekolah Kluster Kecemerlangan dengan Universiti Awam (SKK-UA), hari ini.

UTM turut mencalonkan sebuah lagi sekolah iaitu Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru yang terlibat dalam program kolaborasi ini.

SKK-UA diwujudkan bagi melaksanakan program kolabolasi dan aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada kecemerlangan sekolah yang menekankan kepada konsep asas iaitu setiap UA menjadi mentor kepada beberapa sekolah yang terpilih.

Sehingga 31 Mei 2016, sebanyak 413 SKK telah dijalinkan secara rasmi dengan semua UA. Impak yang dicapai melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan telah membuktikan bahawa kolaborasi ini telah membuahkan kejayaan kepada sekolah yang perlu menjadi contoh bagi memberikan inspirasi kepada sekolah-sekolah lain.

Majlis AKJ SKK-UA ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafaran kepada jalinan antara SKK Fasa 1 hingga Fasa 9 bersama dengan UA yang telah berjaya dalam mengadakan pelbagai program. Pengiktirafaran yang diberikan dua tahun sekali diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada semua pihak dalam program jalinan ini dalam meneruskan kolaborasi pada masa-masa akan datang.

Untuk makluman, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dipertanggungjawabkan untuk berkolaborasi dengan 31 buah sekolah di Johor yang merangkumi enam  Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKT), 14 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 11 Sekolah Menengah (SMK & SM) manakala, 2 buah sekolah di Kuala Lumpur (1 Sekolah Jenis Kebangsaan dan  1 Sekolah Menegah).

Sebarang pertanyaan atau ingin mendapatankan perkhidmatan sila  berhubung  SMPK VOKASIONAL INDAHPURA ,  KULAI,  JOHOR DARUL TA’ZIM  di talian 07-662 5625.

Pelajar dan guru SMKV Indahpura bersama hadiah yang dimenangi.
Pelajar dan guru SMPKV Indahpura bersama hadiah yang dimenangi.

Explore More