April 20, 2024

Search
Close this search box.

Serah tugas Timbalan Komandan PALAPES UTM yang ke 4

UTM Johor Bahru, 8 Oktober 2016 – LT KOL DR. MOHD NOOR AZLI BIN HJ. ALI KHAN dilantik sebagai Timbalan Komandan PALAPES UTM yang baru. Terima kasih yang tidak terhingga kepada LAKSAMANA PERTAMA DATO’ PROF. IR. DR. ALIAS BIN MOHD NOOR PSSTLDM di atas jasa dan bakti sepanjang menjadi Timbalan Komandan PALAPES UTM yang ke 3.

Majlis serah tugas Timbalan Komandan PALAPES UTM yang ke 4 telah diadakan pada 8 Oktober 2016 bertempat di Padang Kawad PALAPES UTM. Majlis ini disaksikan oleh Komandan PALAPES UTM, KOL (KEHORMAT) DATUK PROF. IR. DR. WAHID BIN OMAR. Majlis serah tugas Timbalan Komandan PALAPES UTM yang ke 3 telah diadakan pada 26 Januari 2002.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran PROF. DR. ROHAIZAT BIN BAHARUN, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Pengurusan, UTM, EN. ABDUL RAHIM BIN HJ. ABDUL KARIM, Pengarah Keselamatan, Bahagian Keselamatan, Pejabat Pendaftar, UTM, EN. SABRI BIN AHMAD, Penolong Pendaftar – Hubungan Awam, UTM, staf markas PALAPES UTM, staf Bahagian Keselamatan, para pegawai dan pegawai kadet PALAPES UTM. Semoga PALAPES UTM akan terus cemerlang dan maju.

Explore More