April 25, 2024

Search
Close this search box.

PEMADAM UTM anjur Kejohanan Futsal Terbuka UTM-PEMADAM 2016

johan kategori lelaki.
ZMFT dari Johor johan kategori lelaki.

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2016 –  Kelab Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Universiti Teknologi Malaysia (PEMADAM UTM) dengan kerjasama Kolej Perdana UTM telah menganjurkan program Kejohanan Futsal Terbuka UTM-PEMADAM 2016.

Kejohanan yang berlangsung di Indahpura Sports City, Kulai dianjur dengan kerjasama  PEMADAM Negeri Johor, IM4U dan juga Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM (MPMUTM).

Pengarah Program, Shivanandan a/l Gunasegaran berkata program itu melibatkan penyertaan terbuka dari kalangan mahasiswa UTM, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, PEMADAM Negeri dan golongan belia dari seluruh negara.

Sebanyak 48 pasukan lelaki dan 24 pasukan wanita termasuk PEMADAM Negeri Sabah, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kolej Komuniti yang membabitkan 576 pemain telah mengambil bahagian.

Dalam pertandingan tersebut, Pasukan ZM FT dari Johor muncul johan kategori Lelaki dan membawa pulang haiah wang tunai sebanyak RM2,500.00 dan hamper bagi setiap pemain sumbangan Adabi serta sijil penghargaan.

Naib johan dimenangi oleh TAMPOI FC yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 diikuti oleh

johan kategori wanita.
PEMADAM Kuala Lumpur johan kategori wanita.

tempat ketiga dimenangi oleh PEMADAM Sabah dengan hadiah wang tunai RM750.00, siji.

Sementara itu kategori Wanita menyaksikan PEMADAM Kuala Lumpur menjadi juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,500.00 berserta sijil manakala  Naib Johan pula disandang oleh PFT FC dengan hadiah wang tunai sebanyak RM 800.00..

Tempat ketiga kategori Wanita pula dimenangi oleh PEMADAM Sabah diikuti tempat keempat oleh Southern Champ. Kedua-duanya membawa pulang hadiah wang tunai RM400.00 , sijil dan medal bagi tempat ketiga manakala sijil dan medal.

Explore More