April 24, 2024

Search
Close this search box.
Datuk Ghazali Mohd Yusoff bersalaman dengan peserta PIST'16.
Datuk Ghazali Mohd Yusoff bersalaman dengan peserta PIST’16.

salam1

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2016 – Kolej Tun Hussein Onn (KTHO), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Persidangan Islam dalam Sains dan Teknologi 2016 (PIST’16) selama tiga hari mulai 13 Oktober lalu.
Persidangan itu dirasmikan oleh Ketua Pengerusi Eksekutif Nusantara Technologies Sdn Bhd Datuk Ghazali Mohd Yusoff di Dewan Senat, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, hari ini.
Beliau yang juga Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor turut menyampaikan ucap utama yang bertajuk Nilai-nilai Islam dalam Pentadbiran Nusantara Technologies Sdn Bhd : Kemajuan dan Pengertiannya.
Sebanyak 10 kertas kerja dibentangkan oleh panel jemputan, antaranya Dekan Fakulti Tamadun Islam, UTM Prof. Dr. Kamaruzzaman Yusof, Dr. Kamarul Azmi Jasmi dan Prof. Madya Jimaain Safar dari Fakulti Tamadun Islam, UTM.
Manakala forum dibarisi oleh ahli panel yang terdiri daripada pendakwah dan penulis buku Ustaz Rohidzir Rais, Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof. Dato. Dr. Mohd Yusof Haji Othman dan Prof Dr. Norita Md. Norwawi Pengarah Institut Sains Islam USIM
Di samping itu, enam poster dipertandingkan dan tujuh peserta mengambil bahagian dalam tilayah al-Quran.

Explore More