April 24, 2024

Search
Close this search box.

7 Sep 2016 Johor Bahru – Larian Kemerdekaan anjuran Pejabat Hal Ehwal Korporat (HEK) dan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HCD), Pejabat Pendaftar mendapat sambutan menggalakkan walaupun keadaan cuaca yang kurang baik apabila hujan lebat sebelum acara bermula.

Seramai 360 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan staf mengambil bahagian dalam larian sejauh 1.2 kilometer yang dilepaskan oleh Timbalan naib Canselor (pembangunan), Profesor Dr Azlan Abdul Rahman di Foyer Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, pagi ini.

Beliau turut mengambil bahagian bersama Pendaftar Tuan Haji Wan Mohd Zawawi Wan Abdul Rahman dan Pengarah Harta Bina Profesor Dr Abd Latif Salleh melalui laluan di hadapan Pejabat Keselamatan mengelilingi kawasan Tasik Ilmu sebelum kembali semula ke BCSI.

Larian itu diadakan bertujuan menyemarak sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-59 selain meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan warga kampus UTM.

Seramai 100 peserta pertama yang menamatkan larian menerima hadiah yang telah disampaikan oleh oleh Pengarah HEK, Profesor Dr Masputeriah Hamzah.14258277_1134859639928457_8531631425313253974_o

14258234_1134880459926375_4224996824730491677_o

14242219_1134880896592998_8816047170710569895_o

14188679_1134859989928422_8354140960861601037_o

14188311_1134852149929206_1089648874737056423_o

14257480_1134861073261647_3835713955855432899_o

Lihat gambar-gambar acara ini di FB Rasmi Unit Media Kreatif, Hal Ehwal Korporat

 

Explore More