April 20, 2024

Search
Close this search box.

Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam – Peranan IPT sangat signifikan

Ketua Pengarah Pekhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal mengingatkan institusi pengajian tinggi mempunyai peranan dan sumbangan yang sangat signifikan dalam melaksanakan agenda transformasi negara.
Menurutnya, penghasilan modal insan yang berkualiti tinggi merupakan salah satu faktor penentu kejayaan Malaysia ke arah status negara maju berpendapatan tinggi.

Untuk itu katanya, institusi pengajian tinggi dituntut melakukan pengisian dan terus menjalankan usaha-usaha rejuvenasi dan penyuburan semula tamadun ilmu ke arah mengangkat martabat pengajian tinggi negara.
Beliau berkata, kebitaraan UTM dinobatkan sebagai salah sebuah Universiti Penyelidikan telah memberi peluang untuk mempromosikan dirinya dalam satu trajektori yang tepat sebagai peneraju kecemelangan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kejuruteraan teknologi tinggi.

kppa

“Testimoni kecemerlangan ini terzahir menerusi tersenarai dalam ranking ke-100 dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi serta menempatkan dirinya di kedudukan ke 63 di Asia sebagaimana penarafan yang dikeluarkan oleh QS World University Ranking 2016.

“Namun kita amat menyedari untuk mengekalkan kelestarian dan kebitaraan, sebuah institusi pengajian tinggi perlu memartabatkan persekitaran universiti yang membolehkan wujudnya kombinasi unik pembudayaan penyelidikan, pengajaran, pendidikan serta profesionalisma,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Transformasi Perkhidmatan Awam di Dewan Sultan Iskandar, UTM Skudai hari ini yang dihadiri oleh lebih 2,000 penjawat awam dan pelajar universiti awam di negeri Johor.

Tan Sri Mohamad Zabidi berkata, beliau dimaklumkan oleh Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar bahawa terdapat seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.
“Ini sesuatu yang sungguh membanggakan kerana inilah merupakan ruang dan peluang untuk kita terus meningkatkan bidang keilmuan dan menjadikannya satu practice yang boleh dijadikan modal untuk membangunkan ekonomi kita dalam tempoh yang akan datang.

“Sejajar dengan itu, UTM perlu mencabar dirinya untuk sentiasa menerokai penyelidikan dan penemuan baru yang bukan sahaja sekadar memenuhi repository ilmu di universiti bahkan membawa kepada perubahan besar kepada kehidupan rakyat selaras dengan motto Krana Tuhan Untuk Manusia,” katanya.

Explore More