April 19, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Utm Berjaya Mengikuti Program Hybrid Twinning Program 2016/17 Di Shibaura Institute Of Technology, Jepun

Pelajar UTM, Nadhirah Nordin dari Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Alam Bina telah berjaya mengikuti pengajian Ijazah (tahun kedua) dan Ph.D di bawah Hybrid Twinning Program 2016/17 di Shibaura Institute of Technology (SIT), Jepun bermula pada bulan September 2016. Pelajar ini yang diselia oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Rafee Majid, Timbalan Dekan (Akademik), Fakulti Alam Bina akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun dan akan menerima elaun sebanyak 142,000yen/bulan sepanjang tempoh pengajian selama 4 tahun di SIT. Seorang lagi pelajar dari fakulti yang sama iaitu Teh Bor Tsong akan mengikuti pengajian Ph.D di bawah program yang sama selama 3 tahun bermula pada bulan September 2016. Pelajar ini juga akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun dan akan menerima jumlah pembiayaan sebanyak 142,000yen/bulan untuk tempoh 3 tahun. Pelajar ini yang diselia oleh Prof. Dr. Ho Chin Siong akan ke Jepun pada 1 Ogos 2016. Bagaimanapun, kemasukan beliau ke program ini adalah tertakluk kepada keputusan peperiksaan yang akan diambil di SIT kelak. Seluruh warga UTM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada kedua-dua pelajar ini. Sama-samalah kita doakan kejayaan dan kecemerlangan mereka demi mengharumkan nama UTM dan negara.

Explore More