April 19, 2024

Search
Close this search box.

Agihan Juadah Ringan Pelengkap Program Ihya’ Ramadan KDOJ UTM Johor Bahru

UTM Johor Bahru, 26 Jun: Kolej Kediaman Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah menganjurkan program agihan juadah ringan kepada warga UTM Johor Bahru pada 26 Jun 2016 lalu.

Pengetua KDOJ UTM Johor Bahru, Mej Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan berkata program agihan juadah ringan kepada warga UTM Johor Bahru adalah merupakan pelengkap kepada program Ihya’ Ramadan KDOJ 2016. Sebelum ini, program bubur lambuk dan majlis iftar Ramadan telah diadakan di KDOJ UTM Johor Bahru. Program Ihya’ Ramadan ini adalah satu program yang dilaksanakan bersama pihak pengurusan KDOJ UTM Johor Bahru dengan kerjasama antara pihak Majlis Perwakilan Kolej (CRC), barisan felo dan para pelajar KDOJ UTM Johor Bahru.

Saudara Mohamad Ramzi bin Mohamad Asri, selaku pengarah program Ihya’ Ramadan KDOJ 2016 berpandangan bahawa banyak impak yang dapat kita lihat secara kasar hasil daripada program yang dijalankan ini. Antaranya, kita dapat menghidupkan bulan yang penuh barakah dengan meringankan beban kepada mereka yang berpuasa, yang kurang mampu dan menguji keupayaan kita untuk menguruskan masa.

Agihan juadah ringan berbuka puasa ini telah dilaksanakan di pintu masuk UTM Johor Bahru, laluan Taman Sri Pulai. Hampir 200 bungkusan telah diedarkan kepada warga UTM Johor Bahru yang melalui laluan tersebut. Pengagihan juadah ringan ini turut mendapat respon yang positif daripada warga UTM Johor Bahru. Aktiviti ini mendapat mengeratkan silaturahim di antara warga UTM Johor Bahru dengan pihak KDOJ UTM Johor Bahru.

Explore More