April 20, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor kunjungi Wakil Gabenor KEPRI untuk erat kerjasama

Deligasi UTM mengadakan perbincangan dengan Wakil Gabenor KEPRI.
Deligasi UTM mengadakan perbincangan dengan Wakil Gabenor KEPRI.

 

JOHOR BAHRU, 1 April 2016 – Naib Canselor Profesor Datuk Ir Wahid Omar mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Gabenur Kepulauan Riau (KEPRI) Dr Nurdin Basirun di Tanjung Pinang, semalam.

Kunjungan berkenaan bertujuan mengeratkan lagi hubungan kerjasama menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangan pada tahun 2012.

Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah meneruskan kerjasama menyediakan peluang melanjutkan pengajian kepada mahasiswa dari Kepulauan Riau dan staf pemerintah KEPRI.

Menerusi memorandum kerjasama itu, KEPRI telah menghantar seramai 46 mahasiswa dan staf pelbagai jabatan melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Pertemuan hampir sejam di pusat pentadbiran baru KEPRI di Pulau Dompak dihadiri Kepala Dinas Pendidikan KEPRI Drs. Yatim Mustaffa, M.Pd, Pengarah Bahagian Rekrutmen dan Kemasukan (SRAD) UTM Profesor Dr Othman Che Puan dan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Fakulti Pendidikan Prof. Madya Dr Yusof Boon.

Profesor Dr Wahid turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Dr Nurdin atas pemilihan beliau sebagai Wakil Gabenor KEPRI baru-baru ini.

Profesor Dr Wahid menerangkan kandungan buku yang disampaikan kepada Dr Nurdin.
Profesor Dr Wahid menerangkan kandungan buku yang disampaikan kepada Dr Nurdin.

Dr Nurdin sebelum ini merupakan Bupati Karimun dan pernah berkunjung ke UTM.

Selepas itu, delegasi dari UTM mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Rektor Universiti Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) Profesor Dr Firdaus LN M.Si.

Dalam perbincangan bersama pegawai kanan UMRAH mereka menunjuk minat yang sangat tinggi untuk mengadakan kerjasama penyelidikan, pertukaran staf dan pelajar.

Sehari sebelum itu Profesor Dr Wahid dan Profesor Othman hadir di studio Batam TV bagi mengadakan rakaman dialog khusus selama sejam bagi mempromosikan UTM.

Manakala pada sebelah petang rombongan UTM berkesempatan bertemu dan berbincang dengan empat alumni UTM di Tanjung Pinang.

 

Explore More