April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM Raih 3 Pingat Emas, 5 Perak dan 11 Gangsa dalam Pameran Antarabangsa Pecipta 2015

Kuala Lumpur, 6 Disember 2015 – UTM mengekalkan pencapaiaan cemerlang dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA). UTM telah berjaya meraih 3  Pingat Emas, 5 Perak dan 11 Gangsa dalam edisi kali ini. Pameran PECIPTA 2015 yang dirasmikan oleh  Y.B. Dato’ Idris Jusoh, Menteri Pengajian Tinggi  mula berlangsung  dari 4 hingga 6 Disember, 2015 bertempat di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), Kuala Lumpur.

Produk-produk yang berjaya meraih pingat emas adalah hasil ciptaan Dr. Abdul Halim Bin Abdullah daripada Fakulti Pendidikan yang bertajuk “Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) Through MYGSP”, Dr. Malarvilli A/P Bala Krishnan daripada Fakulti Kejuruteraan Biosains dan Perubatan yang bertajuk “Designing A Respiratory Co2 Measurement For Monitoring Of Asthma Severity” dan Prof. Madya Dr. Mohamed Bin Hussein daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang bertajuk “Braille-Based Mass Communication System For The Blind”.

Produk bertajuk “Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) Through MYGSP” hasil ciptaan Dr. Abdul Halim Bin Abdullah daripada Fakulti Pendidikan dibangunkan untuk meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi pelajar dan pada masa sama mengatasi masalah dihadapi oleh guru sekolah dalam mengintegrasikan GSP dalam pengajaran matematik.

Produk ciptaan Dr. Malarvilli A/P Bala Krishnan daripada Fakulti Kejuruteraan Biosains dan Perubatan yang bertajuk “Designing A Respiratory Co2 Measurement For Monitoring Of Asthma Severity” adalah sebuah produk baru yang rendah kos serta mudah alih yang menggunakan sistem pengesan SPrintIR untuk mengukur tahap karbon dioksida bagi tujuan pengukuran tahap penyakit Asthma.

Produk ciptaan Prof. Madya Dr. Mohamed Bin Hussein daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal yang bertajuk “Braille-Based Mass Communication System For The Blind” merupakan Sistem Pengajaran Elektronik Braille yang membolehkan pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam persekitaran berkumpulan.

Pameran yang diadakan setiap 2 tahun sekali bertujuan untuk menonjolkan produk-produk hasil ciptaan Universiti Awam dan Swasta kepada pihak awam serta pihak industri. Sekitar 10,000 orang pelawat yang terdiri daripada pelajar sekolah, universiti, orang awam serta wakil industri telah mengunjungi pameran edisi kali ini.

Tahniah diucapkan kepada semua penyelidik UTM yang memenagi pingat di Pameran PECIPTA 2015. Semoga dengan kejayaan ini diharapkan dapat menaikkan lagi nama UTM.

Berikut adalah senarai penuh keputusan Penyelidik UTM:

Bil Produk Penyelidik Fakulti Anugerah
1 Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) Through Mygsp Dr. Abdul Halim Bin Abdullah Fakulti Pendidikan (FP) Emas
2 Designing A Respiratory CO2 Measurement For Monitoring Of Asthma Severity Dr. Malarvili A/P Bala Krishnan Faculty Of Biosciences & Medical Engineering (FBME) Emas
3 Braille-Based Mass Communication System For The Blind Prof. Madya  Dr. Mohamed Bin Hussein Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Emas
4 Transparent Beamforming Network For Future Inter/Intra-Vehicle Wireless Communication Prof. Madya Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Perak
5 Non-Invasive Detection Of Gas/Oil Mixtures Prof. Madya Dr. Herlina Binti Abdul Rahim Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Perak
6 Real-Time Emulsion Fuel Production System (RTES) For Diesel Engine Dr. Wira Jazair Bin Yahya Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) Perak
7 Graphical And Numerical Descriptive Technique (GRAND) For Inherent Safety Assessment Prof. Madya Dr. Haslenda Bt. Hashim Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) Perak
8 Optimal Site – Software For Optimal Total Site Utility System Design Prof. Madya Dr. Sharifah Rafidah Bt. Wan Alwi Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) Perak
9 E-Boook For The Blind Dr. Maziah Binti Mohamad Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Gangsa
10 O-Taci [Online-Teachers’ Assessment Competency Inventory] Dr. Rohaya Binti Talib Fakulti Pendidikan (FP) Gangsa
11 New Cr Doped Tio2 Supported On Tud-1 Photocatalyst Dr. Lee Siew Ling Fakulti Sains (FS) Gangsa
12 Vibrating Nanoneedle For Single Cell Analysis Dr. Mohd Ridzuan Bin Ahmad Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE)  Gangsa
13 Blood Donor Management System Prof. Madya Dr. Mohd Shahir Shamsir Bin Omar Faculty Of Biosciences & Medical Engineering (FBME) Gangsa
14 Hip Tribology Mechanism For Screening Acetabular Cup With Embedded Pit Prof. Madya Dr. Syahrullail Bin Samion Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Gangsa
15 Trusted Autonomous Messaging System (TAMS) Prof. Madya Dr. Shukor Bin Abd Razak Fakulti Komputeran (FK) Gangsa
16 Graphical User Interface For Conformal Mapping-Based Image Processing Prof. Madya Dr. Ali Hassan Bin Mohamed Murid Fakulti Sains (FS) Gangsa
17 Composite Material Production From Toxic Nonmetallic Printed Circuit Boards Waste Prof. Madya Dr. Johan Bin Sohaili Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) Gangsa
18 A Gas Burner For Synthesizing Carbon Nanotubes Dr. Chong Cheng Tung Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) Gangsa
19 Rov Pleco : Water Tank Cleaner Dr. Ahmad ‘Athif Bin Mohd Faudzi Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) Gangsa

 

 

Explore More