April 24, 2024

Search
Close this search box.

Lawatan Kerja Naib Canselor Bersama Menteri Pendidikan Tinggi Ke Jepun

YBhg. Datuk Naib Canselor kini sedang menyertai lawatan kerja rasmi Yang Berhormat Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi ke Jepun bermula 13 Disember hingga 18 Disember 2015. Lawatan 5 hari ini diadakan dalam rangka mengukuhkan hubungan antara Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dengan Kementerian Pendidikan, Budaya, Sukan, Belia, Sains dan Teknologi Jepun, serta meneroka peluang kerjasama baharu terutamanya dalam bidang penyelidikan dan pendidikan tinggi. Sepanjang lawatan ini, Yang Berhormat Dato’ Seri dan delegasi turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan, Budaya, Sukan, Belia, Sains dan Teknologi Jepun, lawatan ke beberapa buah Universiti dan institusi penyelidikan antaranya Meiji University, Tsukuba University dan Algae Biomass Energy System Development Research Centre. Selain itu, satu pertemuan khas turut diadakan dengan Japanese University Consortium bagi menunjukkan komitmen tinggi kerajaan dalam mengukuhkan kerjasama penyelidikan antara Negara Malaysia dan Jepun terutamanya menerusi MJIIT.

 

Explore More