April 20, 2024

Search
Close this search box.

Ismaal Samat Timbalan Pendaftar Kanan (TPK) Jabatan Canseleri,bersara wajib

JOHOR BAHRU, 28 Julai 2015 – Timbalan Pendaftar Kanan (TPK) Jabatan Canseleri, Ismaal Samat bersara wajib daripada perkhidmatan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) setelah 31 tahun berkhidmat dengan institusi pengajian tinggi tersebut.
Majlis persaraan beliau telah diraikan bersempena dengan Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 anjuran Jabatan Canseleri yang berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, semalam.
Dilahirkan di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan pada 1955, Ismaal memulakan perkhidmatannya di UTM pada tahun 1985 di Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) sebagai Penolong Pendaftar N41.
Seterusnya pada tahun 1998 dinaikkan pangkat Timbalan Pendaftar N48 dan ditempatkan di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik) sebelum dipindahkan ke Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) pada tahun 2003.
Ismaal seterusnya berkhidmat dengan baik sehinggalah dinaikkan pangkat ke Timbalan Pendaftar Kanan (TPK) gred N52 sehinggalah mencapai ke gred N54.
Diatas faktor pengalaman dan kekananan dalam perkhidmatan, khidmatnya kembali ditagih dan seterusnya membawa beliau ditukarkan semula ke Pejabat Naib Canselor sehinggalah dinaikkan ke Gred Khas C iaitu Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) sejurus sebelum persaraannya.
Turut hadir dalam majlis persaraan adalah Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan pengganti beliau, Abdul Razif Hj. Shahuddin.

Ismaal (tiga kiri) melakukan ‘clock out’ sebagai simbol tamat tugas di Pejabat Naib Canselor sambil diperhatikan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan penggantinya Abdul Razif Hj. Shahuddin (kiri sekali).
Ismaal (tiga kiri) melakukan ‘clock out’ sebagai simbol tamat tugas di Pejabat Naib Canselor sambil diperhatikan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan penggantinya Abdul Razif Hj. Shahuddin (kiri sekali).

Explore More