April 26, 2024

Search
Close this search box.

Dua Profesor Emeritus UTM Terima Anugerah dari Lembaga Arkitek Malaysia (LAM)

Daro' Dr Elias menerima sijil dari Datuk Dr Fadzillah.
Dato’ Dr Elias menerima sijil dari Dato’ Sri Dr Fadillah.

JOHOR BAHRU, 18 oGOS 2014 – Dua Professor Emeritus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dato’ Ar Prof Emeritus Dr. Elias @ Ilias Salleh dan Dato’ Ar Prof Emeritus Parid Wardi bin Sudin terpilih sebagai penerima Anugerah Pendidikan Senibina 2015.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Kerja Raya Malaysia, Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, dalam Majlis Anugerah & Pelancaran Manual Akreditasi Lembaga Akitek Malaysia di salah sebuah hotel terkemuka, malam tadi.

Penganugerahan tersebut dibuat berdasarkan kepada sumbungan mereka yang tidak ternilai dalam bidang pendidikan dan praktis kesenibinaan.

Dato’ Dr. Elias dan dan Dato’ Parid Wardi pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan Dekan di Faklulti Alam Bina. Dato’ Parid Wardi pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor di UTM dari tahun 1999 hingga 2001.

 

Dato' Parid Wardi menerima sijil dari Datuk Dr Fadzillah.
Dato’ Parid Wardi menerima sijil dari Dato’ Sri Dr Fadillah.

 

Explore More