April 23, 2024

Search
Close this search box.

UTM-LPJ tandatangani MoU jalani penyelidikan bersama

JOHOR BAHRU, 14 Jun 2015 – Sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama projek penyelidikan telah ditandatangani antara Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Memorandum itu telah ditandatangani oleh Pengarah Eksekutif Institut Sultan Iskandar (ISI), Prof. Dr Mohd. Hamdan Ahmad bagi pihak UTM manakala LPJ diwakili oleh Pengurus Besarnya, Muhammad Razif Ahmad.
Berucap selepas menandatangani memorandum tersebut, Prof. Hamdan berkata ISI dengan kerjasama LPJ akan mengadakan satu kajian penyelidikan yang bertajuk ‘Hydrodynamic Simulation Within Port Limit of Port of Tanjung Pelepas and Establishment of Johor Port Authority (Tanjung Pelepas) Marine Data Centre (MDC)’.
“Penyelidikan yang akan dibiayai oleh LPJ ini antara lain adalah untuk membangunkan Model Simulasi keadaan hidrodinamik had air di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) termasuk kesannya terhadap alam sekitar.

“Projek ini merupakan salah satu perkhidmatan ISI iaitu kerja perundingan yang relevan dalam menganalisis sesuatu keadaan dan membina pengkalan data yang akan dimanfaatkan untuk operasi dan aktiviti harian LPJ,” katanya. Di dalam menjalankan amanah yang telah diberikan, ISI akan menggembeling pelbagai bidang kepakaran yang ada di UTM.
Majlis yang berlangsung di Bilik Canselor, Dewan Sultan Iskandar (DSI) itu turut juga dihadiri oleh Pengarah Marine Technology Centre (MTC) UTM, Prof. Ir. Dr. Ab Saman Abd Kader dan juga Penolong Pengurus Besar (Khidmat Korporat & Pembangunan) LPJ, Kamaruzaman Hj. Munasir.

Penyelidikan yang akan berlangsung selama 18 bulan ini telah bermula pada 1 Mei 2015 yang lalu.

Prof. Hamdan (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Muhammad Razif selepas majlis menandatangani Memorandum Persafahaman di Bilik Canselor, Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Prof. Hamdan (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Muhammad Razif selepas majlis menandatangani Memorandum Persafahaman Kerjasama Penyelidikan UTM-LPJ di Bilik Canselor, Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Explore More