April 25, 2024

Search
Close this search box.

Fakulti Pendidikan menangi Anugerah Inovasi Naib Canselor dalam Citra Karisma 2015

JOHOR BAHRU, 7 Jun 2015 – Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inovasi Naib Canselor dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM 2015 Citra Karisma.
Kemenangan ini diperolehi dari Sistem Maklumat Latihan Mengajar (SMLM) yang dibangunakan oleh fakulti ini bagi menguruskan latihan mengajar agar lebih teratur, sistematik dan efisien.
Sistem ini telah menjadikan urusan pendaftaran, penempatan , pemarkahan, analisis markah dan pembayaran saguhati guru di sekolah menjadi lebih cekap dan teratur.
SLMM juga banyak menyelesaikan masalah antaranya adalah membantu proses pendaftaran pelatih, sekolah,pensyarah pembimbing dan guru pembimbing, pengurusan menyediakan tempat latihan kepada pelatih, pengurusan rekod markah dan juga penyediaan indeks pencapaian hasil pembelajaran Latihan Mengajar dalam penyediaan Program Assessment
Sistem ini telah dibangunkan secara berperingkat dan mengambil kira keperluan fakulti dan pihak luar.
SLMM yang dibangunkan oleh Fakulti Pendidikan ini melibatkan empat kategori pengguna iaitu guru pelatih, pensyarah pembimbing, guru pembimbing dan pengurus latihan mengajar.
Keberkesanan penggunaan sistem ini telah terbukti apabila ia digunapakai oleh 2000 guru pelatih, 1500 guru pembimbing, 300 pensyarah pembimbing dan 500 buah sekolah di seluruh Malaysia.
Anugerah disampaikan oleh Pro-Canselor, Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Dr. Yahya Awang kepada Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Dr. Baharuddin Aris.
Turut hadir adalah Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar dan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Prof. Dr. Azlan Abdul Rahman.
Penganjuran majlis Citra Karisma adalah berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila beberapa anugerah mengalami pertambahan kategori iaitu Kategori Projek Komuniti (Anugerah Khidmat Masyarakat), Individu (Anugerah Webometrik), 3 kategori berbanding 2 pada sebelumnya iaitu Kejuruteraan, Sains & Teknologi serta Sains Sosial (Anugerah Pengajaran).
Selain itu diwujudkan juga Anugerah Saintis Muda (di bawah Anugerah Penyelidikan) bagi memberikan galakan dan pengiktirafan kepada penyelidik muda berumur bawah 35 tahun yang telah menunjukkan kejayaan cemerlang dalam hasil penyelidikannya.
Tahun 2015 juga mencatatkan Anugerah Alumni Cemerlang tidak lagi disenaraikan dalam Majlis Citra Karisma memandangkan ia akan diberikan pada majlis khas Alumni UTM.

Prof. Baharuddin Aris (empat kiri) menerima Anugerah Inovasi Naib Canselor di Majlis Citra Karisma 2015 mewakili Fakulti Pendidikan. Kemenangan ini diperolehi melalui Sistem Maklumat Latihan Mengajar (SMLM) yang dibangunkan fakulti tersebut.
Prof. Baharuddin Aris (empat kiri) menerima Anugerah Inovasi Naib Canselor di Majlis Citra Karisma 2015 mewakili Fakulti Pendidikan. Kemenangan ini diperolehi melalui Sistem Maklumat Latihan Mengajar (SMLM) yang dibangunkan fakulti tersebut.

Explore More