April 19, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 25 April 2015 – Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)ke 54 mencatat sejarah tersendiri apabila merekodkan jumlah graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) seramai 256 graduan iaitu jumlah tertinggi dalam sejarah UTM.

Menurut Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr Wahid Omar,  graduan PhD tersebut terdiri daripada 117 graduan lelaki dan 85 wanita iaitu jumlah tertinggi sejak graduan PhD pertama UTM bergraduat pada 1989

Dalam majlis tersebut, dua graduan PhD iaitu Bakhtiar Ul-Haq (Fizik) dan Nurul Farhana Jumaat (Teknologi Pendidikan) menerima Anugerah Canselor yang disampaikan sendiri oleh Canselor UTM, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah Permaisuri Johor.

Tuanku Canselor turut berkenan untuk menganugerahkan gelaran Professor Emeritus kepada Konsultan Penyelidikan dan Kordinasi Polisi Kementerian Pendidikan Malaysia, Prof. Dr. Md Yusof Abu Bakar.

Seramai 2,392 graduan termasuk 471 dari program usahasama UTM menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis tersebut yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 hingga 26 April 2015 di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

Dari jumlah tersebut, seramai 376 merupakan graduan antarabangsa dari 32 negara seperti  Iran, Nigeria dan Iraq.

Explore More