April 24, 2024

Search
Close this search box.

Pelajar Senibina UTM Menangi Hadiah Wang Tunai RM 30,000

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2015 – Dua kumpulan Pelajar jurusan Senibina Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM 30,000 di dalam “Stuctura Design Challenge 2014”.

Kumpulan ‘Panre’, salah satu kumpulan pelajar yang mewakili UTM telah memenangi tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sejumlah RM20,000.00. Mereka terdiri daripada 5 pelajar jurusan Sarjana Senibina (M Arch) iaitu Mohd Rezuan bin Daud, Muhammad Syawal bin Malik, Muhammad Shah Rizad bin Abu Bakar, Mohamad Nurul Afizan bin Sulaiman dan Jagenth Raj A/L Nadarajah.

Mereka memperkenalkan rekabentuk berkonsepkan Kapal Pinisi yang menggambarkan identiti masyarakat Bugis sebagai nilai ikonik negeri Johor.

Kumpulan ‘Rentas Gema’ pula telah memenangi hadiah wang tunai RM10,000.00 hasil persembahan yang menampilkan corak Songket Bugis pada fasad bangunan.

Kumpulan ini terdiri dari 5 pelajar Tahun 3 Sarjana Muda Senibina (BSc Arch) iaitu Hafiz Kahmis, Mohd Hamdie Latife, Mohd Azmeer, Alvin Thia Kee King dan Lim Jia Xin.

Rekabentuk mereka menggunakan metafora Kuda Kepang sebagai konsep rekabentuk yang diaplikasikan pada fasad bangunan.

Pertandingan ini telah berlangsung pada 14 Oktober 2014 dan di anjurkan oleh UDA Holdings Bhd. (UDA) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pertandingan ini dianjurkan bagi mencari arkitek muda yang kreatif dan inovatif dalam merekabentuk pembangunan bercampur di atas tanah seluas 13 ekar di Tampoi, Johor Bahru berhampiran Kompleks membeli-belah Angsana.

Sebanyak 19 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) mengambil bahagian di dalam pertandingan ini yang julung kali dianjurkan. UTM Skudai telah menghantar dua pasukan iaitu Panre dan Rentas Gema, manakala UTM KL turut menghantar dua lagi pasukan.

Rekabentuk yang dipertandingkan dinilai berdasarkan kreativiti, inovasi, estetika dan nilai komersial. Penilaian tersebut dibahagikan kepada tiga aspek iaitu 60% pembangunan kreatif, promosi dan maklumat terkini projek melalui media sosial (20%) dan persembahan video (20%).

11 kumpulan sahaja berjaya keperingkat akhir dan mereka mempersembahkan rekaan bangunan masing-masing pada 25 Febuari 2015. Pemenang hadiah utama dan kedua terdiri dari kumpulan dari Universiti Sains Malaysia.

Wakil kumpulan Rentas Gema menerima replica cek hadiah kemenangan berjumlah RM 10,000.00 daripada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB P. Kamalanathan.
Wakil kumpulan Rentas Gema menerima replica cek hadiah kemenangan berjumlah RM 10,000.00 daripada Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, YB P. Kamalanathan.

Explore More