April 25, 2024

Search
Close this search box.

Pejabat Bendahari UTM berjaya kekalkan sijil ISO 9001: 2008

JOHOR BAHRU, 17 Februari 2015 – Pejabat Bendahari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya melepasi proses pengauditan semula di dalam usahanya mendapatkan sijil ISO 9001:2008 daripada SIRIM.
Proses pensijilan semula itu telah berjalan selama dua hari di Pejabat Bendahari kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur dan dikendalikan seramai empat orang Juruaudit bertauliah dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Wakil Pengurusan Pejabat Bendahari, Fadzillah Rahman berkata proses ini dijalankan sebagai sebahagian dari usaha untuk memastikan pengurusan kualiti kerja di jabatan berkenaan berada di tahap terbaik.
“Memandangkan tempoh sah sijil tersebut akan tamat pada 15 Mac 2015, juruaudit dari SIRIM telah hadir selama dua hari bermula pada 16 hingga 17 Februari 2015 bagi mengadakan proses pengauditan semula.
“Berdasarkan kepada proses yang telah dijalankan, Ketua Juruaudit telah mengesyorkan agar diteruskan pensijilan semula dengan pindaan dan melaporkan tiada laporan ketidakpatuhan yang ditemui,” katanya.
Ini adalah pencapaian bagi Pejabat Bendahari UTM kerana mampu mengekalkan pensijilan ISO 9001:2008 tanpa sebarang ketidakpatuhan (NCR) dan seterusnya memperlihatkan Sistem Pengurusan Kualiti yang baik dan teratur.

Juruaudit SIRIM sedang melaksanakan proses pengauditan semula di Pejabat Bendahari UTM Johor Bahru.
Juruaudit SIRIM sedang melaksanakan proses pengauditan semula di Pejabat Bendahari UTM Johor Bahru.

Explore More