April 24, 2024

Search
Close this search box.

FKA menerima kunjungan rasmi dari Kuliyyah Engineering IIUM

15 Feb 2015 – Fakulti Kejuruteraan Awam UTM menerima kunjungan rasmi dari Kuliyyah Engineering IIUM seramai 5 orang. Timbalan Dekan (Akademik)FKA dan beberapa orang Ketua Jabatan serta Pengurus Akademik telah menyambut kedatangan delegasi berkenaan serta mengambil peluang untuk sesi perkongsian pencapaian fakulti dan dikuti dengan sesi taklimat tentang Outcome Based Education (OBE) oleh Prof Dr. Hanim bin Osman, mantan Timbalan Dekan (Akadmeik) fakulti kepada delegasi IIUM yang hadir. Sesi taklimat ini disampaikan dalam Bilik Mesyuarat Utama, Fakulti Kejuruteraan Awam.

Program lawatan disusuli dengan penyampaian cenderahati kepada ketua delegasi dari IIUM, sesi bergambar dan lawatan ke Bilik Kualiti FKA serta ke beberapa buah makmal di Blok M50, iaitu Makmal Struktur dan Bahan (D02), Makmal Geoteknik dan Pengangkutan (D02), Makmal Pengajaran (M50).

fka1

fka2

Explore More