April 20, 2024

Search
Close this search box.

UTM cipta alat tapis air bantu kawasan terjejas banjir

PEKAN, 16 Januari 2015 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak ketinggalan menyumbangkan kepakaran dan hasil kajian kepada penduduk di kawasan yang terjejas dengan banjir yang berlaku di Pantai Timur baru-baru ini.
Bagi membantu mangsa banjir yang mengalami kesulitan mendapatkan belkalan air bersih, Terbaru, para penyelidik dari Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (AMTEC) telah berjaya menghasilkan alat mesin penapis air mudah alih yang dikenali sebagai Ultra Filtration Reverse Osmosis Plant.

filter
Alat Penapis Air Mudah Alih UTM

Alat tersebut yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Dr. Ahmad Fauzi Ismail telah dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr. Ewon Ebin di Sekolah Kebangsaan Kampung Acheh, Pekan.
Hadir di majlis pelancaran tersebut adalah Ketua Setiausaha MOSTI , Datuk Seri Dr. Noorul Ainur Mohd Nur, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir Dr Wahid Omar dan Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor.
Prof. Dr Ahmad Fauzi berkata, penyelidikan bagi menghasilkan mesin penapis air ini bermula sejak pada 3 tiga tahun lalu yang lepas oleh sekumpulan lima pelajar Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

“Mesin ini dilengkapi oleh sebuah janakuasa elektrik berkuasa diesel berupaya menghasilkan 5,000 liter air bersih dalam masa sejam untuk kegunaan 2,000 penduduk sehari tanpa perlu dimasak.
“Air berkenaan dihasilkan menerusi beberapa proses penapisan antaranya pra-rawatan, penapisan ultra, osmosis terbalik, penggunaan sinaran radiasi ultraungu untuk membunuh bakteria dan virus yang terdapat di dalam air dan menggunakan agen pengguraian,” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan.

Beliau berkata, Penggunaan teknologi osmosis terbalik dan penapisan ultra dalam alat ini turut meningkatkan kemampuannya untuk menapis air dari pelbagai sumber termasuk air laut dan air payau yang berlumpur.

Explore More