April 24, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 19 Januari 2014 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah berjaya membangunkan peranti amaran banjir yang mampu menyelamatkan nyawa manusia melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) memaklumkan kepada orang ramai apabila paras air meningkat.
Selain menyelamatkan nyawa, peranti yang dikenali sebagai Sistem Amaran Banjir Automatik Fotonik (Flood-SMS) juga mengurangkan berjuta-juta bernilai Ringgit kerosakan harta terutamanya semasa banjir kilat.
“Pada tahap pertama dan kedua, penduduk akan menerima SMS yang menyatakan banjir telah berlaku dan meminta supaya sentiasa bersiap-sedia. Bagi tahap bahaya, mereka akan diminta untuk mengambil segala tindakan yang perlu untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.
Kesemua isyarat SMS yang dihantar adalah melalui sistem Global Mobile System (GSM) yang telah diprogramkan ke dalam modem pelanggan.
“Sistem ini menggunakan kuasa bateri yang rendah dan boleh beroperasi tanpa sebarang risiko kejutan elektrik yang berpunca daripada litar pintas akibat air,” katanya.
Produk ini menggunakan pengesan fotonik serta mikro-pengawal dan modem GSM. Pengesan akan mengesan kesemua tiga tahap yang dinyatakan dan mencetuskan mikro-pengawal untuk menyampaikan isyarat SMS yang sesuai melalui modem GSM.
“Produk yang dicadangkan di sini menggunakan gentian optik untuk mengesan kenaikan paras air. Satu fakta mengenai sistem gentian optik adalah kekebalnya daripada sebarang kejutan elektrik, terutamanya yang timbul daripada litar pintas kerana air.
“Serat optik atau fotonik sensor disusun dalam ruang tiub plastik dan ditempatkan di kawasan yang sering dilanda banjir dengan gentian disambungkan kepada litar elektronik,” katanya.
Penggunaan modem GSM membolehkan sistem untuk memenuhi keperluan pengguna yang tidak terhad menjadikannya sesuai digunakan di kawasan perumahan yang sering dilanda banjir.
Selain itu, mesej SMS yang dihantar juga boleh dihantar sejauh 2 km dengan penggunaan gentian optik.

Sistem Amaran Banjir Automatik Fotonik UTM.  Alat ciptaan Fakulti Kejuruteraan Elektrik ini mampu menghantar mesej
Sistem Amaran Banjir Automatik Fotonik UTM, dimana alat ciptaan Fakulti Kejuruteraan Elektrik ini mampu menghantar mesej sms

 

Explore More