April 19, 2024

Search
Close this search box.

Dr Hazzirah Izzati dilantik Ikon PhD Termuda GPMS

KUALA LUMPUR, 18 Disember 2014 – Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Hazzirah Izzati Mat Hashim telah dilantik sebagai Ikon Doktor Falsafah (PhD) Termuda oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Hazzirah turut menerima hadiah wang tunai RM5000.00 di majlis Malam Anugerah Tokoh Srikandi Negara yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis yang merupakan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenangjung (GPMS) itu diadakan bagi menghargai peranan, jasa serta sumbangan golongan wanita dalam pembangunan negara.

Sebanyak 15 tokoh menerima anugerah Tokoh Srikandi Negara yang antara lain ialah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, pendakwah bebas Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood, Pengerusi RAM Holdings Bhd Tan Sri Norma Yaacob dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Datuk Dr Maznah Hamid.

Kriteria pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan sumbangan mereka antaranya dalam bidang pendidikan, kemasyarakatan, politik, ekonomi dan kebudayaan.
Isteri mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah telah menerima Anugerah Khas Tokoh Srikandi Negara setelah beliau banyak menyumbangkan jasa dalam bidang pendidikan hingga tertubuhnya banyak institusi pendidikan yang menyumbang kepada kelangsungan penyampaian ilmu pengetahuan kepada masyarakat.

Hazzirah Izzati berjaya muncul sebagai graduan pertama di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia yang menamatkan pengajian dalam usia yang muda dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Matematik. Beliau kini bertugas di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM Johor Bahru sebagai Pensyarah Kanan.
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dr Hazzirah Izzati (kanan) menerima Anugerah Ikon PhD termuda GPMS di majlis Malam Anugerah Tokoh Srikandi Negara yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Dr Hazzirah Izzati (kanan) menerima Anugerah Ikon PhD termuda GPMS di majlis Malam Anugerah Tokoh Srikandi Negara yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur.


10848027_10205490705690563_5072915830865075266_n
Anugerah telah disampaikan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor

Explore More