April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM TERIMA ANUGERAH INOVASI KPM 2014

anugerah hari inovasi_1 anugerah hari inovasi_2

 

PUTRAJAYA, 20 November 2014 – UTM telah memenangi tempat pertama dan terbaik secara keseluruhan bagi Anugerah Inovasi kategori Teknologi Maklumat Sempena Majlis Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pasukan yang mewakili UTM telah memenangi anugerah tersebut dengan projek yang bertajuk ‘Sistem Pengurusan Pengajian Siswazah’ dengan membawa pulang cek bernilai RM5000.00 beserta piala dan sijil bagi tempat pertama manakala piala pusingan bagi kategori terbaik keseluruhan.

Hadiah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin. UTM telah diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar.

Sambutan Hari Inovasi Kementerian Pendidikan ini diadakan adalah selaras dengan Hari Inovasi Perkhidmatan Awam yang disambut setiap 31 Oktober bagi menunjukkan sokongan KPM terhadap agenda mentransformasikan negara menuju negara maju.

YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin dalam ucapannya menyeru semua kakitangan awam mengambil pendekatan bagi menggiatkan lagi pelaksanaan program inovasi dalam kalangan warga kerja serta menggerakkan platform sedia ada supaya hasil inovasi dapat diiktiraf dan diketengahkan untuk dikongsi bersama.

Diharap kemenangan ini akan dapat menyuntik semangat untuk terus melahirkan pemikiran yang lebih kreatif dan inovatif untuk menjadikan UTM terus cemerlang pada masa akan datang.

Explore More