April 20, 2024

Search
Close this search box.

Takziah kepada keluarga YB. Dato’ Seri Hishammuddin

Dengan penuh dukacitanya dimaklumkan bahawa bonda kepada YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan), Tun Suhailah Binti Tan Sri Mohd Noah, 82 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada jam 12.30 pagi tadi (4 Oktober 2014) di Hospital KPJ Damansara Specialist.

Jenazah Allahyarhamha Tun Suhailah akan dibawa dan diuruskan di kediaman No 19, Jalan Changkat Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Orang ramai boleh menziarahi jenazah Allahyarhamha di kediaman Bukit Tunku bermula jam 9.00 pagi. Kemudiannya, pada jam 12 tengahari, jenazah Allahyarhamha akan dibawa ke Masjid Negara untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara. Solat Jenazah akan diadakan selepas Solat Zohor.

Marilah sama-sama kita doakan agar roh Allahyarhamha Tun Suhailah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah.

tunsuhaila

Explore More