April 19, 2024

Search
Close this search box.

TPM temui atlit SUKUM di UTM

TPM melawat kompleks sukanJOHOR BAHRU, 16 Ogos 2014 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin meluangkan masa menemui atlit Sukan Kakitangan Universiti Malaysia (SUKUM) ke-39 di Kompleks Sukan UTM Johor Baru semalam selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2014.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan pemain bola tampar dan petugas.

Seramai 3,500 atlit dan pegawai dari 21 kontijen institut pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyertai kejohanan yang berlangsung dari 13 hingga 23 Ogos 2014 bertempat di kampus UTM Johor Bahru dan beberapa lokasi sekitar Johor Bahru.

Explore More