April 26, 2024

Search
Close this search box.

Konvesyen Antarabangsa Jiwa Pendidik Mengeratkan Hubungan Empat Institusi Pendidikan Negeri Johor

SKUDAI 11-13 OGOS 2014 : Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik 2014 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia.

Konvensyen yang bertemakan ‘Memartabatkan Profesion Keguruan Melalui Penyelidikan & Inovas’i ini adalah anjuran bersama Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Pelajaran NegeriJohor dan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor.

Sebanyak 150 kertas kerja telah dibentangkan dan sebanyak 140 produk inovasi telah dipertandingkan sepanjang tiga hari tersebut.

Konvensyen ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan guru sekolah berhampiran dan juga mahasiswa dan pensyarah dari institut pendidikan seluruh negeri Johor.

Selain daripada perkongsian ilmiah, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara empat institusi yang telah menganjurkan konvensyen ini.

Pengucap utama konvensyen ini adalah Datuk Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal dan Dr. Hj Muhammad Nor bin Mohd Taib.

Konvensyen ini telah dirasmikan olehYang Berbahagia Dr. Hj Muhammad Nor bin Mohd Taib, Pengarah Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi Institut Pendidikan Guru Malaysia.

Di harap penganjuran konvensyen ini akan berterusan pada masa-masa akan datang.

Sebahagian peserta dan pemenang Pertandingan Inovasi Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik
Sebahagian peserta dan pemenang Pertandingan Inovasi Konvensyen Antarabangsa Jiwa Pendidik

Explore More