April 18, 2024

Search
Close this search box.

Dr. Abdullah Zawawi kekal menerajui kelab keluarga FKA untuk tempoh dua tahun lagi

13 Ogos – Warga FKA telah mengekalkan jawatan Pengerusi Kelab Kelurga mereka untuk dua tahun lagi iaitu, Dr. Abdullah Zawawi b. Awang,  dalam Mesyuarat Agong Kelab Keluarga FKA pada 13 Ogos lepas.

Menurut Prof. Dr. Shahrin b. Mohammad, Dekan Fakulti Kejuruteraan Awam, dalam ucapan pembukaanya berkata beliau merasa bangga dengan pencapaian dan aktiviti yang dijalankan oleh jawatankuasa yang lalu dan berharap pimpinan yang terpilih nanti akan mengekalkan rekod baik kelab ini.

Menurutnya sebanyak 20 aktiviti besar telah berjaya diadakan pada tahun 2013 dan 2014 termasuk aktiviti yang menjana pendapatan selain aktiviti mengeratkan silaturrahim warga fakulti, termasuk program Iftar, Hari keluarga, Kenduri Kesyukuran, Bubur lambuk, sukan dan sebagainya.

Shahrin berkata pada tahun ini buat pertama kalinya semua warga FKA telah mengadakan undian secara atas talian bagi pemilihan Jawatankuasa Kelab Keluarga 2014/2015. Berikut adalah senarai nama ahli Jawatankuasa Utama yang menang undian. Pengerusi adalah Dr. Abdullah Zawawi b. Awang, Timbalan Pengerusi adalah YM Raja Ezar Ishamuddin b. Raja Abdul Latiff, Bendahari adalah Prof Madya Dr. Rozana bt Zakaria, manakala Setiausaha adalah Puan Asmunaliza bt Adam

Kelab Keluarga FKA ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti meningkatkan ukwah dan silaturrahim di kalangan staf FKA. Semua warga FKA adalah secara autonmatik menjadi ahli kelab ini. Sehingga kini Kelab Keluarga mempunyai seramai 270 ahli termasuk ahli daripada Pusat Kecemerlangan dan staf FKA yang berada di Kampus UTM Kuala Lumpur.

Explore More