April 20, 2024

Search
Close this search box.

Dato’ Seri Hishammuddin lancar buku Riwayat Seorang Pentadbir

 

Dato' Seri Hishamuddin menurun tandatangan semasa melancarkan buku Tun Abdullah Ayub.
Dato’ Seri Hishamuddin menurun tandatangan semasa melancarkan buku Tun Abdullah Ayub.

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2014: – Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein melancarkan buku Riwayat Seorang Pentadbir (Ketua Setiausaha Negara 1979-1981) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.

Dato’ Seri Hishammuddin mewakili Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin merangkap Menteri Pendidikan yang berada di Ankara, Turki bagi mewakili Perdana Menteri untuk menghadiri majlis di sana.

Biografi Tun Abdullah mantan Pro Canselor UTM itu dilancarkan di Menara Razak turut dihadiri Ketua Setiausaha 2, Kementerian Pendidikan Dato’ Seri Ir Dr Zaini Ujang, Pro Canselor Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, Pengerusi Lembaga Pengarah UTM, Tan Sri Abdul Halim Ali, Naib Canselor Profesor Datuk Ir Dr Wahid Omar dan ramai tetamu kenamaan.

Buku bekenaan ditulis oleh Karyawan Tamu UTM, Datin Seri Fatini Yaacob dan Toh Puan Anna Abdul Ranee diterbitkan oleh Penerbit UTM Press dijual dengan harga RM180 senaskah.

Buku itu diterbitkan hasil inisiatif  Dato’ Seri Zaini ketika beliau menjadi Naib Canselor UTM bertujuan membolehkan UTM menghasilkan penerbitan berimpak tinggi.

Buku berkenaan boleh dijadikan panduan kepada rakyat Malaysia masa kini dalam konteks meneruskan kesinambungan dalam agenda pembangunan negara secara holistik.

Tun Abdullah Ayub untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan rakyat Malaysia masa kini dalam memerihalkan liku-liku perjuangan rakyat di negara ini yang penuh dengan susah-payah dan jerih-perih dalam proses menuntut kemerdekaan negara.

Bekas Ketua Setiausaha Negara itu bukan sekadar pentadbir nombor satu negara, tetapi beliau berupaya menjadi “buku sejarah” yang hidup dan mampu menyusur galur sejarah negara sejak dari awal pengisytiharan kemerdekaan sehinggalah zaman penubuhan Malaysia.

Beliau berupaya menjelaskan tentang peranan dan tanggungjawab golongan pentadbir dalam pelbagai kementerian dan agensi kerajaan untuk merealisasikan agenda mengisi kemerdekaan negara.

Penerbitan buku itu akan mewujudkan inspirasi kepada kepimpinan pentadbiran awam masa kini untuk terus komited melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang berimpak tinggi untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Explore More