April 20, 2024

Search
Close this search box.

Rozaini Rozan dan Nor Shafiqin diumum Olahragawan dan Olahgarawati UTM 2013

JOHOR BAHRU, 20 April – Rozaini Rozan dan Nor Shafiqin Mustafa telah dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi tahun 2013.

Pengumuman itu dibuat ketika majlis Penghargaan Sukan 2013 yang berlangsung di Dewan Banquet, Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim (BCSI).  Kedua-duanya menerima hadiah wang tunai RM1000.00 beserta sijil penghargaan dari Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Prof. Dr. Mohd. Ismail Abd. Aziz.

Bagi Anugerah Atlit Harapan Lelaki pula, Mohd Hanif Abu Hasan dari Sukan Mendayung dinobatkan sebagai penerima manakala Pow Mei Foong bagi acara Bola Jaring untuk kategori Wanita.

Penerima Anugerah Atlit Harapan Lelaki dan Wanita ini membawa pulang wang tunai RM500.00 beserta sijil penghargaan.

Untuk rekod, Rozaini telah mewakili UTM dan Malaysia bagi acara ragbi dalam pelbagai temasya sukan di dalam dan luar negera antaranya di World Universiade Games 2013 di Kazan, Rusia, Binadorm Rugby 7th La Villa, Sepanyol dengan pencapaian pingat gangsa.

Selain luar negera, Rozaini juga telah mengharumkan nama negeri Johor dan juga UTM bagi sukan dalam negeri dengan penyertaannya di Iskandar National 7th, Johor dengan pencapaian pingat emas sebagai wakil Johor.

Beliau juga menyertai Ragbi Piala Agong sebagai wakil negeri Johor dan berjaya mengenggam pingat emas.

Bagi Nor Shafiqin Mustafa, beliau telah mewakili Malaysia dalam Asian Youth Netball Championship 2013 yang berlangsung di Brunei dan muncul sebagai Johan dengan pencapaian pingat emas.

Nor Shafiqin juga muncul juara dalam Kem Bola Jaring Kebangsaan Johor 2013 sebagai wakil negeri ini di samping beberapa pencapaian lain iaitu Johan dalam Liga Bola Jaring Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) mewakili UTM dan juga acara sama mewakili universiti ini dalam Sukan Pantai MASUM di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Terengganu.

Turut serta dalam majlis adalah Pengarah UTM Sport Excellence, Abdul Malik Hj. Abdul Ghani dan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, Mohd. Hazrai Mohd. Zahar.

(Dari kiri ) Rozaini Rozan, Abdul Malik, Prof. Mohd. Ismail dan Nor Shafiqin Mustafa selepas acara penyerahan hadiah di Majlis Penghargaan Sukan UTM 2013 di UTM Johor Bahru.
(Dari kiri ) Rozaini Rozan, Abdul Malik, Prof. Mohd. Ismail dan Nor Shafiqin Mustafa selepas acara penyerahan hadiah di Majlis Penghargaan Sukan UTM 2013 di UTM Johor Bahru.

Explore More