April 18, 2024

Search
Close this search box.

Mahasiswa UTM menang Anugerah Ikon Varsiti BH

Ikon VarsitiPUTRAJAYA, 27 Februari – Kumpulan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang menyertai Program Khidmat Pembelajaran di Bangladesh pada Februari 2013 dipilih sebagai pemenang Anugerah Ikon Varsiti kategori Khidmat Sosial anjuran akhbar Berita Harian.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala dan sijil yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan di salah sebuah hotel di sini, hari ini.

Anugerah berkenaan diberikan kepada kumpulan pelajar yang berjaya menghasilkan program berbentuk kebajikan dengan matlamat meningkatkan kualiti hidup dan membangunkan sahsiah masyarakat.

Seramai 16 mahasiswa UTM dari pelbagai fakulti berkunjung ke daerah Bogra untuk  menjalankan program khidmat sosial selama 10 hari.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah menubuhkan makmal komputer, memberi sumbangan komputer riba, membina lanskap dan pagar di Zaher Uddin Model Junior Girls’ School di kampung Daripada.

Mereka turut mengadakan program mempelajari bahasa Inggeris di beberapa buah sekolah di daerah berkenaan.

Program berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pesuruhjaya dan Majistret Daerah Bogra, Sarwar Mahmud dan dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) Professor Ir Dr Wahid Omar (kini Naib Caanselor), Dekan Pengajian Prasiswazah, Professor Dr Ahmad Kamal Idris and Pengarah Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum, Prof. Madya Dr Ahmad Ariffian Bujang.

Explore More