April 25, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor melawat Fakulti Kejuruteraan Awam – May 2013

JOHOR BAHRU, 13 Februari 2013: Naib Canselor, Profesor Dato’ Seri Dr Zaini Ujang meluangkan masa selama empat jam menghadiri Program Bersama Naib Canselor di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) pagi ini.

FKA adalah Pusat Tanggungjawab (PTJ) kedua yang dikunjungi oleh Naib Canselor menerusi Program Bersama Naib Canselor yang bertujuan melihat secara dekat aktiviti dan kemudahan di fakulti dan jabatan.

Menerusi program berkenaan, Naib Canselor dapat menemui staf di pelbagai peringkat untuk mendengar pelbagai masalah dan membantu mengemukakan cadangan dan menambahbaik kemudahan sedia ada. Antara tempat yang dilawati ialah pejabat, dewan kuliah, bilik pensyarah dan makmal.

Baca Artikel pdf_icon2

http://www.utm.my/news-clipping/2014/01/21/naib-canselor-melawat-fakulti-kejuruteraan-awam-may-2013/

Explore More