April 24, 2024

Search
Close this search box.

Profesor Azlan dilantik TNC Pembangunan UTM

prof-azlanJOHOR BAHRU, 27 November: – Pengarah Hal Ehwal Korporat, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Abdul Rahman dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM yang baru berkuatkuasa 1 Disember 2013.

Beliau dilantik untuk tempoh selama tiga tahun bagi menggantikan Profesor Ir Dr Wahid Omar yang dilantik sebagai Naib Canselor UTM pada 1 September lalu.

Profesor Azlan berasal dari Kota Bharu, Kelantan, memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), Sarjana Kejuruteraan Jambatan dan Doktor Falsafah dalam bidang struktur konkrit dari University of Surrey, United Kingdom.

Beliau mula berkhidmat di UTM sebagai Penolong Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan pernah dilantik memegang beberapa jawatan seperti Ketua jabatan Pengajian Siswazah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Timbalan Dekan (Perkhidmatan Korporat), Pusat Pengurusan Penyelidikan.

Pada tahun 1998 Profesor Azlan dilantik sebagai Pengurus Besar Global Technology & Innovation Management (GTIM) Sdn. Bhd., sebuah syarikat usahasama antara UTM dan University of Queensland untuk mengkomersialkan produk penyelidikan dan pembangunan. Pada tahun 2007 beliau dilantik sebagai Pengarah Hal Ehwal Korporat UTM.

Beliau juga terlibat dengan beberapa jawatankuasa di peringkat nasional berkaitan dengan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).

Explore More