April 19, 2024

Search
Close this search box.

UTM menang Best of The Best dan bawa pulang emas terbanyak di PECIPTA 2013

Pecipta PJGJOHOR BAHRU, 9 Nov. 2013 – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempamerkan kejayaan cemerlang apabila memenangi 14 emas, 18 perak dan 8 gangsa di Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2013) di ibu negara yang berakhir hari ini.

Lebih membanggakan apabila Dr Juhana Jaafar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia menerusi inovasinya yang dikenali sebagai SPEEK – Nanoclay Membrane: The Efficient Fuel Separator dinobatkan sebagai penerima anugerah Best of The Best.

Beliau mencipta alat yang mampu menghasilkan tenaga elektrik daripada methanol, lebih efisyen dan dapat mengurangkan pencemaaran berbandingkan sistem sedia ada.

Pengarah Pusat Pusat Pengurusan Penyelidikan Profesor Dr Ruzairi Abd Rahim berkata, UTM menghantar sebanyak 41 produk bagi menyertai tujuh kategori yang dipertandingkan.

Menurutnya, kerjayaan itu menjadikan UTM sebagai pemenang pingat emas terbanyak dalam kalangan 52 peserta dari dalam dan luar negara yang mengambi bahagian di pameran rekacipta itu.

Antara yang memenangi pingat emas ialah Prof. Dr Ahmad Fauzi Ismail menerusi produk berasaskan membrane yang dikenali sebagai 2SMC For CO2 Removal dan SMMR For Water and Wastewater Treatment.

Beliau menggunakan bahan berasaskan polimer dan komposit untuk rawatan air dan air sisa, pembuangan gas karbon dioksida dan penapisan asid lemak bebas daripada minyak kelapa sawit.

Produk berkenaan sesuai untuk kegunaan domestik seperti proses penulinan air minuman, penghasilan air minuman daripada air laut dan rawatan air serta air sisa, pembuangan gas berasid seperti gas karbon dioksida serta penapisan minyak kelapa sawit dalam industri tempatan.

BERITA SEPENUHNYA AKAN MENYUSUL.

Explore More