April 19, 2024

Search
Close this search box.

Produk penyelidikan UTM diiktiraf terbaik di Pameran dan Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013

Dr Rosnani menerima anugerah.
Dr Rosnani menerima anugerah  Biotechnology Innovation of the Year Award yang disampaikan oleh COE Biotech Corp Dato’ Dr Mohd Nazlee Kamal.

JOHOR BAHRU – Produk yang dihasilkan oleh penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Virgin Coconut oil-based Cleansing Agent  diiktiraf sebagai terbaik di Pameran dan Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013.

Produk yang dihasilkan oleh penyelidik dari Institut Pembangunan Bioproduk (IBD) UTM memenangi anugerah utama Biotechnology Innovation Of The Year Award yang diadakan di Johor Bahru, minggu lalu.

Di samping itu, UTM menjadikan institusi penyelidikan paling banyak memenangi pingat di pertandingan berkenaan apabila berjaya membawa pulang lima emas, 15 perak dan 10 gangsa daripada 35 rekacipta dan inovasi.

Pingat emas dimenangi oleh Prof. Dr. rer. Nat.  Hesham Ali Metwally Ali El-Enshasy menerusi produknya yang bertajuk 3 In 1 Pellet Fertilizers, Dr.  Siti Hamidah Mohd Setapar menerusi produk  Sustainable Horse Feed from Local Grass dan Bioappetizer For Feed Intake Activity dan Prof. Dr. Ir.  Eko Supriyanto menerusi produk Integrated Prenatal Monitoring System.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Johor YAB Dato’ Sri Mohammad Khalid bin Nordin menyaksikan sebanyak 126 rekacipta dan inovasi terbaru dalam bidang bioteknologi dipertandingkan.

Produk yang dihasilkan oleh Dr Rosnani.
Produk yang dihasilkan oleh Dr Rosnani .

Acara tahunan itu dianjurkan bersama oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) , Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) dan Protemp Exhibitions Sdn Bhd itu telah menerima kunjungan lebih 10,000 pelawat industry.

Acara  itu juga telah mengumpulkan pakar- pakar bioteknologi dunia dan serantau, ahli-ahli sains dan pelabur- pelabur untuk berkongsi pengetahuan mereka dengan tujuan untuk meneruskan momentum dalam pertumbuhan bio -ekonomi.

Pameran ini telah disertai oleh beberapa universiti tempatan termasuk USM, UM, Unimap, UMP, UMS, UPSI, UTeM, UiTM, UTHM, UM dan UTM dan institusi penyelidikan seperti MARDI dan FRIM.

Kejayaan besar kali ini, diharap UTM akan terus mengorak langkah terus kehadapan bagi memastikan hasil- hasil penyelidikan ini mampu  bersaing diperingkat global dengan menghasilkan produk penyelidikan yang bermutu tinggi.

 

 

 

 

 

 

 

Penyelidik UTM bersama pingat masing-masing.
Penyelidik UTM bersama pingat masing-masing.

Explore More