April 25, 2024

Search
Close this search box.

Scholar’s Inn UTM Bayar Zakat Perniagaan RM15 Ribu

Johor Bahru: UTM melalui perniagaan sewaan hotel iaitu Scholar’s Inn telah membayar zakat perniagaan kepada Jawatankuasa Zakat & Fitrah Negeri Johor sebanyak RM15,395.26 bagi keuntungan perniagaan bagi tahun 2012.

Zakat perniagaan tersebut dikeluarkan UTM setelah jumlah keuntungan dirujuk kepada Pusat Islam UTM serta Majlis Agama Islam Johor dalam usaha mengangkat perniagaan berlandaskan syariah.

Scholar’s Inn UTM menawarkan 40 apartmen yang selesa dan berhawa-dingin untuk disewa. Setiap jenis bilik diberi nama dengan nama tokoh ilmuan terkenal dunia seperti Einstein, IbnuSina, dan banyak lagi.

 

 

scholarsinn-zakat

Scholar’s Inn UTM

Explore More