April 21, 2024

Search
Close this search box.

UTM Lancar Kempen Sumbangan Endowment Ramadhan & Syawal

KUALA LUMPUR, 11 Julai 2013 – Bersempena bulan Ramadan dan Syawal 1434 Hijrah, Universiti Teknologi Malaysia telah mengambil inisiatif untuk melancarkan Kempen Sumbangan Endowmen Ramadan dan Syawal.

Kempen yang diadakan sepanjang bulan Ramadan dan Syawal ini adalah untuk mengumpul dana sumbangan daripada seluruh warga Universiti meliputi staf, mahasiswa Alumni UTM, individu dan syarikat korporat bagi meningkatkan Tabung Endowmen selaras dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya melakukan amal jariah sempena bulan yang mulia.

Dengan adanya Tabung Endowmen ini diharap lebih ramai mahasiswa dapat menikmati biasiswa dan kemudahan yang disediakan, selain menyediakan pelbagai prasana untuk merancakkan aktiviti kesarjanaan di UTM seperti makmal termaju dan geran penyelidikan.

Sumbangan yang diberikan membolehkan aktiviti keilmuan berkembang dengan pesat sehingga berjaya melahirkan ramai ilmuan terkemuka dan menjadikan dunia Islam sebagai tumpuan masyarakat seluruh dunia untuk menuntut ilmu dan budaya itu perlu disuburkan semula sesuai dengan tuntutan agama.

Sehingga kini sebanyak 50 juta telah berjaya dikumpul menerusi sumbangan syarikat korporat dan persendirian, Lembaga Pengarah, alumni dan staf UTM, sumbangan buku, persatuan pelajar dan orang perseorangan.

Semua sumbangan bagi Kempen Endowmen Ramadan dan Syawal ini boleh dikemukakan kepada Unit Endowmen, Pejabat Bendahari, UTM.

Explore More