April 19, 2024

Search
Close this search box.

MyLinE menang Anugerah Inovasi Naib Canselor

Sistem MyLinE yang dibangunkan oleh UTM MyLinE Task Force telah berjaya memenangi RM12,000 beserta trofi Anugerah Inovasi Naib Canselor pada Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penghargaan UTM, Citra Karisma 2013 yang berlangsung bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pagi ini.

 

MyLinE yang merupakan sumber pembelajaran dalam bahasa Inggeris secara online telah dibangunkan dan digunakan oleh pelajar-pelajar dari 20 IPTA seluruh Malaysia.

myline-citra-karisma

 

Portal ini diakui telah memberi impak yang tinggi kepada universiti-universiti dalam skop pengintegrasian MyLinE sebagai masa pembelajaran pelajar di IPTA dan juga pemilihan jalinan kerjasama Talent Corporation Malaysia Berhad dalam pembangunan portal Ready4Work.

Melalui kerjasama antarabangsa dengan Nexus Protocol di United Kingdom, MyLinE juga berupaya menduduki tempat teratas dalam carian ‘Google’, serta beberapa pengiktirafan lain di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Explore More