April 19, 2024

Search
Close this search box.

Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2012

Tarikh : 29 Jun hingga 1 Julai 2012
Tempat : Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Masa : 9.00 am – 6.00 pm

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-universiti Malaysia (Makmum) dan Gabungan Koperasi Siswa Malaysia (Kosisma) akan mengadakan Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Graduan (K3G) 2012 pada 29 Jun hingga 1 Julai 2012, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Lebih 350 agensi/syarikat seperti Al-Rajhi Bank, Media Prima Bhd., Celcom, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM), akan menawarkan pelbagai jawatan kosong serta peluang keusahawanan sepanjang karnival ini.

Selain sesi temuduga secara on-the-spot, turut diadakan klinik resume dan juga forum-forum kerjaya dan keusahawanan dengan personaliti terkenal seperti Y.Bhg. Dato? Mokhzani Tun Dr. Mahathir, YB. Khairy Jamaludin, Norman KRU, Ahmad Idham, Ana Rafali dan lain-lain, termasuk KSU KPT, Y.Bhg Datuk Ab. Rahim Md. Noor sendiri.

Semua mahasiswa dan staf UTM dijemput untuk hadir dan menghebahkan kepada rakan-rakan dan saudara-mara supaya mengunjungi K3G 2012, khususnya kepada yang masih mencari kerja atau meninjau kerjaya baru. Cabutan Bertuah dengan hadiah iPAD, iPHONE, iPOD TOUCH dan lain-lain juga akan dibuat setiap hari karnival berlangsung.

Explore More