April 19, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor lawat atlet Teakwando di UNISZA

KUALA TERENGGANU, 28 April: – Naib Canselor Profesor Dato’ Dr Zaini Ujang mengadakan melawat mengejut ke atas pasukan Taekwando Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengambil bahagian dalam Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) di Universiti Sultan Zainal Abidin, dekat sini pagi ini.

Naib Canselor tiba pada jam 9.30 pagi di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, setengah jam sebelum atlet UTM mengambil bahagian sempat bertanyakan khabar dan memberi kata-kata perangsang kepada mereka.

Skuad Teakwando adalah antara 56 atlet UTM, termasuk ragbi dan sepaktakraw yang mengambil bahagiaan dalam Sukan MASUM di UNISZA selama empat hari mulai 26 April.

Dr. Zaini berada di Kuala Terengganu bagi memenuhi undangan menyertai STC/Royal Terengganu Endurance Stable 2012 di Lembah Bidong.

Beliau akan mengambil bahagian dalam acara 40 km yang dijadualkan bermula pada jam 6.00 petang ini.

Explore More