April 20, 2024

Search
Close this search box.
Acara Race for Boses menarik perhatian pengunjung.

 

JOHOR BAHRU, 30 Mac: Festival Inovasi dan Kreativiti, UTMost Imagination 2012 mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 14 ribu pengunjung melawat pelbagai pameran, bermula semalam.

Festival yang berlangsung selama empat hari mulai 29 Mac hingga 1 April 2012 mempamerkan lebih 135 produk penyelidikan yang bercirikan interaktif dan kreatif, sekaligus membolehkan pengunjung menguji kemahiran masing-masing.

Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan kereta solar, pengesanan sistem pengesanan global (GPS), cabaran graviti, mewarna menggunakan tablet, kelas animasi bersama maskot kartun popular Boboi Boy.

Seni kreatif pelajar senibina menghasilkan kerusi menggunakan kotak.

Aktiviti yang mendapat sambutan hangat ialah acara Race for Boses, pertandingan menunggang basikal luar biasa yang diubah suai dan ditunggang oleh Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor, Dekan dan Ketua Jabatan.

Pengungjung juga berpeluang untuk menemui Angkasawan Negara, Mejar Dr Faiz Khaleed yang diundang khas pada hari Jumaat dan Sabtu ini.

Selain pelbagai jenis pameran, program Jom Masuk U turut diadakan untuk memberi peluang kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan maklumat mengenai peluang melanjutkan pengajian di UTM.

Pagi tadi, pengunjung berpeluang bertemu dengan pengancara popular malaysia hari ini (MHI) yang bersiaran secara langsung selama dua jam dari perkarangan tapak festival di Padang Kawad, UTM.

UTMost Imagination 2012 bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti harian, sila hubungi 07-5536353 atau 013-7319360 atau layari www.utm.my/utmost.

Explore More