April 24, 2024

Search
Close this search box.

Naib Canselor terima anugerah penghargaan Iskandar Malaysia

 

JOHOR BAHRU, 14 November: Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang menerima anugerah dari Iskandar Malaysia sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan beliau dalam membantu perkembangan koridor di wilayah selatan semenanjung.

Anugerah tersebut disampaikan kepada lebih 20 individu dalam majlis khas yang diadakan sebuah hotel terkemuka di sini sempena lima tahun penubuhan Iskandar Malaysia.

Dua lagi penerima dari UTM ialah Pengarah Iskandar Malaysia UTM Research Center (IMREC) Prof. Dr. Ghani Khalid dan Pengarah Alumni Dr. Othman Ibrahim.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Iskandar Malaysia, Ismail Ibrahim.

Explore More