April 20, 2024

Search
Close this search box.

Produk-produk Inovasi ciptaan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah memperolehi kemenangan berganda di Ekspo Inovasi Islam 2011 (i-Inova ’11) yang diadakan di Stadium Tertutup Nilai pada 14 hingga 16 Oktober 2011 yang lalu. Melalui Pusat Inovasi Mahasiswa (UTM CSI), lima produk inovatif telah dihantar untuk menyertai ekspo anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini. Produk Easy Refillable Marker Pen with Portable Marker Pen Station telah memenangi pingat Emas bagi kategori Pra-Siswazah dengan membawa pulang RM500 dan juga anugerah khas iaitu Anugerah Ibnu Sina dengan membawa pulang RM1000, Piala Ibnu Sina dan Sijil Penyertaan. Sebanyak 94 kumpulan daripada institusi-institusi pengajian di seluruh negara telah mengambil bahagian dalam ekspo inovasi ini. Produk-produk lain yang turut membawa pulang pingat ialah produk Multiple Usage Dustbin yang telah membawa pulang pingat Perak dan produk Sumo Robot, Plastic Smithing Product dan 3-in-1 Compact bottle yang masing-masing membawa pulang pingat Gangsa. Produk yang dibawa bertanding tersebut merupakan produk versi terbaru daripada produk-produk yang telah terhasil daripada pertandingan inovasi mahasiswa peringkat UTM yang telah dianjurkan oleh UTM CSI pada bulan Mac yang lalu.

Explore More