April 26, 2024

Search
Close this search box.

Prof. Fauzi dianugerah gelaran Datuk

JOHOR BAHRU, 15 Oktober 2017 –  Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Mohd Fauzi Ismail telah dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa kepada gelaran Datuk.

Prof. Dr. Mohd Fauzi dan isteri.

Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail telah dilahirkan pada 20 Mac 1966. Beliau telah dilantik secara rasmi menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM berkuatkuasa pada 16 Januari 2015.

Sebelum dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ahmad Fauzi telah memegang beberapa jawatan pentadbiran penting universiti seperti Dekan Penyelidikan Bersekutu (Bahan dan Pembuatan) dan juga Pengarah Pusat Penyelidikan Membren Termaju (AMTEC).

Sepanjang kerjayanya sebagai ahli akademik UTM, beliau telah dianugerahkan dengan pelbagai anugerah di atas kecemerlangannya sebagai penyelidik antaranya Merdeka Award pada tahun 2014, Anugerah IChemE (Malaysia) Inventor Award (2014), ASEAN Young Scientist and Technologist Award (2001), Anugerah Muda Negara (2000) dan Anugerah Akademik Negara (kategori Inovasi Produk dan Komerlisasi) pada tahun 2013.

Beliau juga memenangi Anugerah Inovasi Negara pada tahun 2009 dan 2011, Anugerah Harta Intelek Negara (tahun 2012 dan 2013) dan juga Toray Science and Technology Foundation Award pada tahun 2013, Malaysia Rising Star Award (Kategori Frontier Materials) pada tahun 2016 dan Malaysia Research Star Award (Kategori International Collaboration) pada 5 October 2017.

Explore More