April 19, 2024

Search
Close this search box.

Lebih 400 bungkus Bubur Lambuk KDOJ diagihkan

UTM Johor Bahru: Kolej Kediaman Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah menganjurkan program rewang Bubur Lambuk KDOJ UTM Johor Bahru pada 18 Jun 2017 lalu.

Pengetua KDOJ UTM Johor Bahru, Lt Kol Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan berkata program seumpama ini adalah sebagai satu usaha untuk menyemarakkan aktiviti di bulan ramadhan. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf, pentadbiran dan para pelajar. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama antara pihak pengurusan KDOJ, Majlis Perwakilan Kolej, barisan felo dan para pelajar KDOJ UTM Johor Bahru.

Persiapan dilakukan di awal pagi diikuti dengan urusan untuk menyediakan bahan bubur tersebut. Dua buah periuk besar digunakan untuk memasak bubur lambuk, satu untuk daging dan satu lagi periuk untuk bubur lambuk ayam. Kira-kira jam 1.30 tengahari kerja memasak telah selesai. Kerja membungkus dilakukan selepas waktu Zuhur. Hampir lebih 400 bungkus bubur lambuk telah disediakan dan berjaya diedarkan kepada seluruh warga KDOJ dan UTM.

Pengagihan bubur lambuk dilakukan kepada seluruh warga UTM bermula jam 2 petang. Pejabat HEMA, Pejabat Canselori, Bahagian Keselamatan, dan kolej kediaman lain turut serta dalam proses pengagihan bubur lambuk. Sambutan yang luar biasa dan begitu meriah ketika proses agihan bubur lambuk dilakukan. Pelajar antarabangsa dan tempatan turut mengambil bahagian dalam proses pengagihan bubur lambuk tersebut. Kira-kira jam 5 petang semua bubur lambuk telah siap diagihkan.

 

 

Explore More