April 19, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 21 Mac 2016 – Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Bioperubatan (FBME) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Centre for Student Innovation (CSI) telah menganjurkan Hari Inovasi FBME 2017.

Prof. Azaini (empat dari kanan) dan Prof. Jasmy (tiga dari kanan) melawat ruang pameran pesawat kawalan jauh di bangunan FBME, Taman Universiti.

Majlis perasmian berlangsung di Blok V01 FBME dan disempurnakan oleh Dekan Penyelidikan Smart Digital Community Research Allience, Prof. Dr. Mohamad Azaini Maarof.

Pengarah Program, Muhammad Khairul Asyraf Suaimi berkata, matlamat utama program itu adalah untuk mempromosikan produk inovasi dalam bidang biosains dan kejuruteraan perubatan dan juga beberapa produk dari industri luar.

“Terdapat lebih 14 produk dengan 24 penyelidik dari FBME beserta dua peserta dari First Base Laboratories Sdn. Bhd. dan CSQ Analytics Sdn. Bhd. telah terlibat dengan program ini.

“Antara aktiviti menarik yang berlangsung pada Hari Inovasi FBME 2017 adalah pertandingan Inovasi untuk mahasiswa pasca dan pra-ijazah, pertandingan ‘Innopitch’ yang menyerupai pertandingan Tesis 3 Minit, permainan interaktif, pameran memanah dan juga pertunjukan kemahiran menerbangkan dron,” katanya.

Pengunjung juga berpeluang untuk menghadiri sesi perbincangan inovasi bersama dengan Alumni FBME.

Bagi pertandingan inovasi, seramai 22 kumpulan akan disertai oleh mahasiswa pra-siswazah manakala 10 darinya akan menyertai secara individu.

“Dengan berpaksikan kepada semangat Kreativiti dan Inovasi, adalah diharapkan program ini dapat menyemarakkan mahasiswa khasnya dari jurusan Biosains dan Kejuruteraan Perubatan bagi menghasilkan idea-idea hebat dan menukarkannya kepada inovasi,”katanya.

Yang turut hadir di majlis perasmian adalah Dekan FBME, Prof. Dr. Jasmy Yunus dan Timbalan Dekan (Pembangunan) FBME, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohamed Rafiq Abd. Kadir.

Explore More